Rabu, 7 Disember 2016

Apakah Buruj?

Apakah Buruj❔

  • Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu malam.
  • Buruj kelihatan seperti bintang-bintang yang membentuk corak-corak yang menarik di langit pada waktu malam.
  • Corak-corak ini hanya terbentuk apabila kita melihatnya di Bumi🌏.
  • Secara semula jadinya, corak-corak tersebut tidak wujud di ruang angkasa.

      JENIS-JENIS BURUJ⬇

Buruj Belantik merupakan salah satu buruj yang paling menonjol di langit pada waktu malam. Belantik membentuk corak seperti seorang pemburu yang memakai tali pinggang dan tergantung sebilah pedang. Buruj Belantik muncul di langit pada waktu malam 
di antara hemisfera utara dan selatan.


Buruj Pari ialah buruj yang paling kecil dan senang dikenali pasti dilihat pada waktu malam di sebelah hemisfera selatan ia terdiri daripada gugusan empat bintang yang tersusun berbentuk corak seperti layang-layang.


Buruj Biduk ialah gugusan tujuh bintang. Buruj ini membentuk corak seperti gayung atau senduk dengan tangkainya. Biduk muncul dilangit ada waktu malam di sebelah hemisfera utara.



Buruj Skorpio ialah gugusan bintang yang membentuk corak seperti seekor kala jengking.Buruj Skorpio muncul di langit pada waktu malam di sebelah hemisfera selatan.

KEGUNAAN BURUJ⏬


  1. BURUJ BIDUK:Untuk menunjukkan arah.
  2. BURUJ PARI:Untuk menunjukkan arah.
  3. BURUJ BELANTIK:Untuk menunjukkan musim menanam.
  4. BURUJ SKORPIO: Untuk menunjukkan musim menuai.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan